Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA)

 Anda + Komuniti = HERO?


Minggu Keusahawanan Global
(14-20 NOV) adalah pergerakan terbesar dunia (kini disertai puluhan jutaan individu di 123 buah negara) untuk menggalakkan keusahawanan ketekunan, pembaharuan dan budaya kerja bersama-sama terutamanya di kalangan orang muda,
untuk perubahan sosial positif .

Aktifkan diri anda. Maklumat lanjut di http://unleashingideas.org dan http://gewmalaysia.com

 Tahun 2012 telah digazetkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa (International Year of Cooperatives) melalui Resolusi 65/184 dan pelancarannya telah disempurnakan pada 31 OKTOBER 2011 di Dewan Perhimpunan Utama PBB.  

Sembang-sembang Utara by KUMUDA


PENGUMUMAN & LAPORAN RINGKAS:-

  1. AHAD, 13 NOV: Minggu Keusahawanan Global secara rasminya telah bermula dengan pelancaran di Kuala Lumpur hari ini.  Untuk maklumat lanjut tentang kempen penggalakan keusahawanan yang disambut di 123 buah negara ini, silalah ke http://unleashingideas.org dan http://twitter.com/#!/unleashingideas - Untuk senarai aktiviti-aktiviti di Malaysia, bolehlah merujuk di http://gewmalaysia.com dan http://fb.com/gewmalaysia




  2. JUMAAT, 11/11/11 :D Pengerusi KUMUDA telah memenuhi jemputan ke Mesyuarat Pemegang Taruh Cetusan MyINC oleh IPPTN USM pada 10 NOV 2011 di Bukit Jambul dan  Seminar Aspirasi Koperasi & Makan Malam Ulangtahun ke-55 MKM (10-11 NOV 2011) di Subang Jaya - GAMBAR: http://fb.com/media/set/?set=a.10150352791446227.346269.225932926226 dan VIDEO: http://www.youtube.com/watch?v=oeIhNfHGmMg dari ANGKASA

    Program latihan berikutnya yang disokong oleh KUMUDA adalah seperti berikut:-
    • Seminar Pembangunan Masyarakat Mandiri anjuran ANGKASA di Hotel Berjaya, George Town (14-15 NOV 2011)
    • Lawatan Sambil Belajar Wilayah Utara anjuran MKM ke koperasi-koperasi di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang - bertolak dari Alor Setar (14-16 NOV 2011)
    • Kursus Perakaunan Berkomputer UBS @ MKM Petaling Jaya (5-9 DIS 2011)
    • Bengkel Berfikir di Luar Kotak (Thinking Out of the Box) @ MKM Petaling Jaya (19-21 DIS 2011)
    Untuk usahawan-usahawan yang berkaitan/berminat, boleh juga menyertai kursus-kursus keusahawanan berikut di MKMPJ ini:-

  3. JUMAAT 2 NOV: Selain cuti-cuti Deepavali & Aidil Adha, 30 hari terbaru diisikan dengan aktiviti penambahan ilmu dan penyediaan perancangan tahun 2012 untuk KUMUDA.  Beberapa anggota telah menyertai program-program dan kursus-kursus berikut anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM):-
  4. Pengerusi KUMUDA juga telah menyertai Pelancaran Anugerah Usahawan ICT NEF-AWANI di Kuala Lumpur pada 31 OKT 2011: Pencalonan untuk Majlis Anugerah yang akan diadakan pada FEB 2012 nanti dibuka sehingga 30 NOV 2011 untuk semua usahawan Bumiputera. Ikuti di http://www.facebook.com/NEFAwaniICTAwards dan http://www.nef.org.my/v_2010/awards

    Mesyuarat Lembaga ke-4 untuk tahun 2011 yang telah diadakan pada 29 OKT 2011 telah juga membuat perlantikan anggota-anggota JAD baharu seramai tiga indivudu: Pn. Azizah bt. Abu Hassan (Sg. Rusa), En. Hashim b. Md Noor (Sg. Burong), En. Suhaimi b. Bakar (Kg. Terang) dan anggota Lembaga baharu, En. Zainol b. Saad (Teluk Kumbar) memenuhi kekosongan jawatan.


  5. ISNIN, 3 OKT: Sembang-sembang Utara ke-3 telah dijayakan pada 30 SEP 2011 dan disertai oleh lebih 70 peserta.  Sesi perkongsian bertemakan "Groom Your Business" itu telah diacarakan oleh ALK KUMUDA, Pn Zurilaili.  Moderator jemputan untuk sesi forum 90-minit adalah YBhg Dato' Mohd Noor Kamaludin, Pengerusi Penang Cluster Alliance (PCA), dan ahli panel jemputan adalah dari Zue Beauty Studio, Fortune Resources dan USM School of Management.  Turut bersama berkongsi pengalaman perniagaan adalah YB Dato' Jahara Abdul Hamid, ADUN Teluk Air Tawar dan YB Sr. Muhammad Farid Saad, ADUN Pulau Betong.  Tetamu juga dikongsikan dengan promosi produk oleh Asfawalaila Enterprise, Alya Enterprise dan Teratak Spa. Gambar-gambar acara ada dirangkai dari Facebook Sembang-sembang Utara:-


  6. JUMAAT, 23 SEP: KUMUDA adalah rakan pemangkin kempen tahunan Minggu Keusahawanan Global (Sedunia) - MuG/GEW: Global Entrepreneurship Week yang diadakan setiap November. Untuk sambutan tahun ke-4 ini, tarikh Minggu MuG/GEW adalah Isnin, 14 hingga Ahad, 20 NOV 2011.  KUMUDA mengalukan rakan-rakan usahasama sedia ada mahupun baru untuk kembali menggerakkan aktiviti-aktiviti objektif GEW tersebut, yakni menggalakkan keusahawanan di kalangan orang muda.  Perjumpaan pertama Rakan-rakan Usahasama di wilayah utara akan diadakan pada petang Jumaat, 30 SEP 2011 di Safira Country Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang.  Silalah mendaftar untuk menyertainya di http://mug.pp.my . Pada petang yang sama, di lokasi yang sama, KUMUDA juga menganjurkan aktiviti bulanan Sembang-sembang:Perbualan Kasual oleh Wanita tentang Keusahawanan.  Untuk menyertai sesi dialog 2-jam ini, silalah mendaftar di http://sembang2u.pp.my
  1. ISNIN, 19 SEP: KUMUDA adalah rakan komuniti D.A.R.E. BizStart 2011 anjuran MAD Incubator, yang akan diadakan pada 28 & 29 SEP 2011 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.  Semua dijemput untuk mendaftar ke program ini, dan menyertai bengkel-bengkel, seminar-seminar serta program-program keusahawanan yang dianjurkan.

  2. KHAMIS, 15 SEP: Tiga anggota KUMUDA telah menyertai Bengkel Rancangan Perniagaan di MKM Cawangan Alor Setar selama tiga (3) hari bermula 13hb hingga 15hb SEP 2011.  Bengkel Perniagaan berikutnya dijadualkan pada 25-27 SEP 2011 di Sungai Petani, Kedah.



  3. JUMAAT, 19 OGOS: KUMUDA Bhd telah turut menyertai Makmal Digital Malaysia anjuran PEMANDU (unit di bawah Jabatan Perdana Menteri) & MSC Malaysia (MDeC - agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi) yang telah berlangsung di Akademi Penerbangan MAS, Kelana Jaya, selama lima (5) minggu bermula 18 JULAI hingga 19 OGOS. Makmal yang disertai oleh lebih 400 individu dari lebih 250 organisasi itu telah berjaya menghasilkan lebih 20 cadangan projek permulaan ('entry point projects') untuk mempertingkat keupayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) negara untuk menjana lebih RM300-bilion Pendapatan Negara Kasar (GNI) sehingga tahun 2020. KUMUDA diwakili pengerusinya, dalam Dimensi Sosial yang disertai oleh 57 individu dari 50 buah organisasi termasuk beberapa kementerian dan agensi kerajaan (GOV), serta institusi akademik (EDU) dan entiti-entiti perniagaan swasta (BIZ) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Laporan media ada di BERNAMA: http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=608612

  4. SELASA, 2 OGOS: Pendaftaran dibuka untuk kursus-kursus persedian Rancangan Perniagaan KUMUDA. Sila sahkan penyertaan anda dengan Pengerusi JKK Pendidikan, Pn. Siti Huraizah (04-866-2706 di PID Balik Pulau) selewat-lewatnya 5 OGOS 2011:-

    1. Bengkel Rancangan Perniagaan (RP/BP) @ Alor Setar  (13-15 SEP: 3 hari)
    2. Minggu Ilmu Kerja Bersama-sama KUMUDA II @ Petaling Jaya (26-30 SEP: 2-5 hari setiap kursus)

  5. KHAMIS, 28 JUL: Lima anggota KUMUDA termasuk tiga anggota Lembaga telahpun berjaya menyempurnakan penyertaan dalam dua kursus di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Petaling Jaya, Selangor - Kursus Keusahawanan dalam sektor Perkhidmatan-Pelancongan selamat empat hari (25-28 JUL) oleh En. Nasir (Pengerusi KUMUDA yang juga dilantik Penghulu Kursus), En. Zainol & Pn. Siti Aminah (Pengerusi JKK Pelancongan KUMUDA), dan Kursus Pengurusan Projek selama tiga hari (25-27 JUL) oleh Setiausaha KUMUDA, En. Muzafar dan Bekas Setiausaha KUMUDA, Pn. Siti Huraizah. Semoga ilmu yang telah diperolehi akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti-aktiviti KUMUDA yang berikutnya dalam tahun-tahun mendatang.

  6. RABU, 20 JUL: Bendahari KUMUDA, En. Rosli, dan Bekas Setiausaha KUMUDA, Pn. Siti Huraizah telahpun menyertai Klinik Akaun Koperasi di SKM @ George Town selama dua hari pada 19 & 20 JUL 2011.

  7. RABU, 13 JUL: Pengerusi KUMUDA akan menyertai Digital Malaysia Lab di Kelana Jaya, sebuah program lima minggu anjuran PEMANDU/EPU/Jabatan Perdana Menteri & MSC Malaysia (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) untuk menyediakan 'masterplan' ICT negara bermula Isnin, 18 JUL hingga 19 OGOS 2011. Untuk sebarang cadangan/input bagi pelan induk ataupun 'blueprint' ini, silalah hantar kepada pengerusi @kumuda.org.

  8. ISNIN, 11 JUL: ANGKASA telah menganjurkan Rombongan ke Sambutan Hari Koperasi Negara 2011 di Putrajaya. Peserta (termasuk lima anggota KUMUDA) di bawa ke Putrajaya dengan bas pada kadar hanya RM20 setiap anggota koperasi atau ahli keluarga masing-masing, dengan berhenti sekejap di Textile Walk, Nilai 3 selepas majlis perasmian HKN10 oleh YAB Perdana Menteri.

  9. ISNIN, 11 JUL: Kem Pemantapan Kepimpinan Koperasi yang telah dirancangkan di Pusat Latihan & Rekreasi Paya Pahlawan, Jitra telah ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.  Kem berikutnya dicadangkan pada Oktober 2011 di Selangor.

  10. ISNIN, 4 JUL:  Program perangkaian Sembang-Sembang (untuk usahawan wanita) telah berjaya dilaksanakan pada Khamis, 30 JUN 2011 di Dewan Banquet Pusat Pengajian Pengurusan USM, kampus Minden, dan Bengkel Sehari Keusahawanan Teknologi bersama Usahawan Amerika Syarikat, Adrienne P. Cornelsen pula, pada Jumaat, 1 JUL 2011 adalah di Dewan Mutiara Warisan, Tingkat 6 Bangunan PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang), Butterworth.



    Seramai lebih 70 individu telah menyertai Sembang-sembang kali kedua ia dianjurkan di Pulau Pinang (meningkat dari 60 individu pada acara pertama), dan 30 individu pula menyertai bengkel Scope, Speed, Scale yang pertama kali diadakan di Pulau Pinang.

  11. ISNIN 20 JUN: Kursus Kepimpinan Koperator Wanita telah diwakili oleh tujuh anggota KUMUDA termasuk dua anggota Lembaga KUMUDA.  Program telah diadakan di Safira Country Club, Seberang Jaya pada hujung minggu 18-19 JUN 2011



  12. ISNIN 30 MEI: Penyertaan dialu-alukan untuk anggota KUMUDA membina kepimpinan KUMUDA bagi memulakan rancangan perniagaan KUMUDA.  Sila hubungi Sekretariat di 04-866-2706 (Pn Ija) atau  Pengerusi/Setiausaha untuk turut serta dalam pasukan penggerak. Program perjumpaan sambil belajar adalah seperti berikut:-

    1. Kem Pemantapan Kepimpinan Koperasi @ Jitra (12-14 JUL: 3 hari)
    2. Minggu Ilmu Kerja Bersama-sama KUMUDA @ Petaling Jaya (25-28 JUL: 2-4 hari setiap kursus)
    3. Bengkel Rancangan Perniagaan @ Alor Setar  (13-15 SEP: 3 hari)


  13. RABU 4 MEI: Gambar-gambar dan klip-klip video dari acara Sembang-sembang Utara (yang telah diadakan pada 4 MEI 2011 yang lalu) dah boleh diintai dilaman ini dan Facebook KUMUDA...

Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBEX 2011) telah berjaya dilangsungkan oleh PERDA/ICU Jabatan Perdana Menteri, di bawah Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan YB Farid, Pengerusi Focus Group Pembangunan Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang, ICU-JPM, yang juga Patron Kehormat KUMUDA. PenBEX telah dibuka dari Rabu, 8 JUL hingga Ahad 10 JUL 2011 di Dewan Milenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.  Berbanyak terima kasih sekiranya Tuan-Puan telah melawat kami di Booth A37 hingga A46:-

  1. Sekretariat KUMUDA (A37) - diselia oleh Ija & Noora
  2. KUMUDA Women - diselia oleh Kak Nurul
  3. HR products - Roshaniter
  4. Stevico products - Zaki
  5. Pewter products - Bain Bumitech
  6. Bridal stuff & events - Kapt (B) Aziz Irwan Blooming Art
  7. Photography - Faizal Iris Art
  8. Web Solutions & E-learning - Nasir 1oasis & Anuar Career2Zoom
  9. PC retail & services - Faizal & Hj Ramley RML Computers
  10. Islamic finance - Muzafar & Sarah Pintarmas
Tahniah kepada semua yang telah disampaikan freebies, ie. http://penbex.eventbrite.com dan hadiah anugerah MBA-ICT berupa dua buah komputer 'netbook' sumbangan Mutiara Smart Computing Sdn Bhd, dan wang tunai berjumlah RM2,800 kepada empat kumpulan pemenang, sumbangan Koridor Utara & MSC Malaysia.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh YB Dato' Seri Dr Hj Hilmi Hj Yahaya dan YB Sr. Hj Muhamad Farid Hj Saad, ADUN-ADUN dari Teluk Bahang dan Pulau Betong, Balik Pulau yang turut meluangkan masa menyokong para usahawan KUMUDA yang ramai juga dari Balik Pulau!

Jumpa lagi di masa akan datang! 

Insya Allah selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti...

KALENDAR ACARA SEPARUH KE-DUA 2011:-
  1. JUL 1: BENGKEL 3S: Scope, Speed, Scale bersama Adrienne Palmer Cornelsen anjuran US Embassy in Malaysia & Warisan Global. Dihoskan oleh KUMUDA, UMK, IRDA & SWEPA+SATA

  2. JUL 1-31: Sambutan Tapak Warisan UNESCO George Town (sebulan)

  3. JUL 6-10: Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBEX) 2011 @ Kepala Batas, PP (5-hari)

  4. JUL 7 (Cuti): Hari Sambutan Tapak Warisan George Town

  5. JUL 8-10: Sambutan Hari Koperasi Negara 2011 @ Putrajaya - 'Transformasi Koperasi Menjana Ekonomi Rakyat'. Perasmian oleh YAB Perdana Menteri pada Sabtu, 9 JUL 2011.

  6. JUL 9 (Cuti): Hari Keputeraan TYT YDP Pulau Pinang

  7. JUL 12-14: Kem Pemantapan Kepimpinan KUMUDA @ Pusat Latihan & Rekreasi Paya Pahlawan, Jitra (3 hari) [DITUNDA]

  8. JUL 15-17: Kursus Wajib Siri 1 - Pengurusan & Pentadbiran Koperasi @ Batu Feringgi (3 hari)

  9. JUL 18-19: Bengkel Web 2.0 @ Hotel Istana Kuala Lumpur (2 hari)

  10. JUL 18-SEP 19: Digital Malaysia Lab @ Kelana Jaya (5 minggu) - diwakili oleh Pengerusi

  11. JUL 19-20: Klinik akaun di SKM @ George Town - diwakili ALK Ija & Rosli

  12. JUL 22-24: Pesta MATTA

  13. JUL 25-28: Minggu Peningkatan Ilmu & Kerja Bersama-Sama KUMUDA (2-4 hari)

  14. OGOS 1-30: Bazar Ramadan 1432H

  15. OGOS 8: Mesyuarat Rakan Usahasama GEW Malaysia 2011 @ Microsoft KLCC

  16. OGOS 14: Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelancongan KUMUDA #1 @ Azlan Tomyam, Balik Pulau

  17. OGOS 17 (Cuti): Nuzul Al-Quran

  18. OGOS 20 (Sabtu): Iftar bersama Rakan Pulau Pinang @ Arena Jusco, QueensbayMall

  19. OGOS 25: Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelancongan KUMUDA #2 @ Nasi Lemak Pendekar Mustar, Sungai Ara

  20. OGOS 30 (Cuti): Hari Raya Aidil Fitri 1432H (bergantung kepada rukyah/hisab)

  21. OGOS 31 (Cuti): Merdeka! x7 (Sambutan Ulangtahun Kebangsaan Negara ke-54)

  22. SEP 13-15: Bengkel Rancangan Perniagaan @ MKM Alor Setar (3 hari)

  23. SEP 16: Mesyuarat Majlis Penasihat Sembang-sembang Utara @ Pen Mutiara LKIM Batu Maung (10pg-1tgh)

  24. SEP 16: Santai Hi-Tea 'Hari Malaysia' bersama YB Farid @ Anjung Indah (5-7pm)

  25. SEP 17: Mai Beraya Homestay 1 Malaysia @ Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang

  26. SEP 18: Rumah Terbuka YB Farid, Penasihat KUMUDA @ Dataran Tok Sudin, Jalan Bharu

  27. SEP 20-22: Kursus Pengurusan Rekod dan Fail / Asas Komputer & Aplikasi @ Alor Star (3 hari)

  28. SEP 24 (Sabtu): Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelancongan KUMUDA #3

  29. SEP 25-27: Bengkel Rancangan Perniagaan @ Sungai Petani (3 hari)

  30. SEP 26-30: Minggu Ilmu Kerja Bersama-sama II @ Petaling Jaya (5-hari)

  31. SEP 27-28: Klinik Akaun Koperasi @ SKM George Town (2-hari)

  32. SEP 28-29: D.A.R.E. Biz Start Showcase bersama MAD Incubator @ Sunway Pyramid Convention Centre (2 hari) - KUMUDA adalah rakan komuniti BizStart.

  33. SEP 30: Sembang-sembang Utara @ Country Safira Club, Seberang Jaya

  34. OKT 3-6: Bengkel Membila Laman Web menggunakan ADOBE DreamWeaver @ MKM Petaling Jaya (4-hari)

  35. OKT  4: Taklimat & Dialog bersama koperasi ahli ANGKASA @ Cititel PP (pagi)

  36. OKT  10-12: Kursus Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung @ MKM PJ (3 hari)

  37. OKT 10-14: Minggu Ilmu Kerja Bersama-sama II (PENGURUSAN) @ Petaling Jaya (2-5-hari)

  38. OKT 17-21:  Minggu Ilmu Kerja Bersama-sama III (PENTADBIRAN) @ Petaling Jaya (2-5-hari)

  39. OKT  18-20: APEC YES 2011 @ Berjaya Times Square, Kuala Lumpur (3 hari)

  40. OKT  20-21: StartupMalaysia.org @ Mandarin Oriental Hotel, KL (2-hari)

  41. OKT  22-23: Startup Experience @ Crowne Plaza Hotel, KL (2-hari)

  42. OKT 26 (Cuti): Hari Deepavali

  43. OKT 31: NEF-AWANI ICT Awards 2012 Pre-Launch @ Hotel Intercontinental, KL

  44. OKT 31-NOV 2: Minggu Ilmu Kerja Bersama-sama IV (PERSEDIAAN AGM) @ Petaling Jaya (3-hari)

  45. NOV 1-3: Kem Pemantapan Kepimpinan KUMUDA @ Kem Paya Pahlawan, Jitra (3 hari)

  46. NOV 6-7 (Cuti): Hari Raya Aidil Adha

  47. NOV 10: IPPTN-USM Stakeholders Meeting @ Hotel Equatorial

  48. NOV 10-11: Seminar Aspirasi Koperasi/Ulangtahun ke-55 MKM @ Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya (2-hari)

  49. NOV 13: Pelancaran Minggu Keusahawanan Global (GEW Malaysia).

  50. NOV 14-20: Minggu Keusahawanan Global ke-4 (2011) - Global Entrepreneurship Week (MuG/GEW).

  51. NOV 15-17: Lawatan Sambil Belajar @ Wilayah Utara (3 hari)

  52. NOV 14-15: Seminar Ke Arah Pembangunan Masyarakat Mandiri anjuran ANGKASA @ Berjaya George Town (1.5 hari)

  53. NOV 26: Salam Ma'al Hijrah 1433 !

  54. NOV 28-DIS 31: Pesta Pulau Pinang ;D

  55. DIS 5-9: Kursus Keusahawanan dalam Sektor Perkhidmatan-Perniagaan Kek dan Bakeri / Perakaunan Berkomputer (UBS) @ MKM PJ (5 hari)

  56. DIS 12-15: Bengkel Kreativiti & Inovasi dalam Perniagaan Koperasi @ Kuching (4 hari)

  57. DIS 13-15: Kursus Memahami Dan Menganalisis Penyata Kewangan @ Alor Setar (3 hari)

  58. DIS 19-21: Bengkel Berfikir di Luar Kotak @ Petaling Jaya (3 hari)

  59. DIS 25 (Cuti): Hari Krismas
Kecuali dinyatakan sebaliknya, tarikh acara adalah pada hari bekerja, tahun 2011.
Pengumuman terkini tentang acara-acara juga ada diwartakan di
http://facebook.com/kumuda.org

Untuk senarai penuh acara termasuk acara-acara lepas, rujuk Laman Acara



KUMUDA received the highly coveted 'Rising Star of the Year' award during GEW MSC Malaysia Awards Night 2010.  Congratulations to all members and thank you to all our friends for making this happened!

With Mr. Dash (4th from right) - CEO of Warisan Global, host of GEW Malaysia and guests of honours (standing next to KUMUDA Chairman): YB Tan Sri Nor MohamedYakcop (represented Deputy Prime Minister of Malaysia), YB Dato' Saifuddin Abdullah (GEW Malaysia Patron), H.E Paul W Jones (US Ambassador to Malaysia), YBhg Dato' Badlisham Ghazali (CEO of MSC Malaysia).

Other award recipients include Astro Awani, BFM 89.9, Bob Chua (CEO Of Pulse Group PLC), Chris Thiagarajah (CEO Of Skybus Ventures Sdn Bhd), DiGi Telecommunications Sdn Bhd, GoMobile 2010, ICT Penang, Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) - PID Social Entrepreneurship Fair, Live & Inspire, MAD Techventures 2010 (Andrew Wong not in picture), Malaysia SME, Media Prima Group, Michael Teoh (not present), Microsoft Malaysia Sdn Bhd, MSC Malaysia, Senedi Sdn Bhd, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

 
KUMUDA
Minggu Keusahawanan Global kembali untuk diraikan di lebih 100 buah negara, di puluhan ribu lokasi melibatkan puluhan juta individu.

Kempen untuk menggalakkan keusahawanan di kalangan orang muda ini diasaskan oleh Yayasan Ewing Marion Kauffman di Amerika Syarikat dan Make Your Make di UK ini dihoskan di Malaysia oleh Global Entrepreneurship Sdn Bhd dengan sokongan Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, Kementerian Pengajian Tinggi dan Microsoft Malaysia.

KUMUDA adalah rakan usahasama kempen GEW/MuG sejak 2009 dan merupakan penerima anugerah "Rising Star of the Year 2010" di Malam Penutup GEW MSC Malaysia pada 20 NOV 2010.

  

Jawatankuasa Kecil (Eksekutif) Pelancongan & Pendidikan KUMUDA di kampus MKM, Petaling Jaya (25-28 JUL 2011), bersama Pensyarah MKM untuk kursus Pengurusan Projek.

Bersama Penasihat KUMUDA, YB Sr. Hj Muhamad Farid Hj Saad, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana PenBEX 2011. BELAKANG: Nizam, Nasir, YB Farid, Muzafar, Ibrahim - DEPAN: Irfan, Shaz, Ija PID, Zurilaili dan Kak Nurul.

Bersama kru & sukarelawan KUMUDA:  Irfan, Nizam, Kak Nurul, Abg Zunyazan, Atiqah & Shaz dengan YB Dato' Seri Dr Hj Hilmi Hj Yahaya, dan para pemenang anugerah MBA-KU (ICT) Koridor Utara 2010.

KUMUDA telah turut memangkinkan kempen sedunia penggalakan keusahawanan muda di Koridor Utara, Malaysia, melalui platform Minggu Keusahawanan Global (Global Entrepreneurship Week di lebih 100 buah negara: 8-21 NOV 2010)

Minggu Keusahawanan Global (8-21 NOV 2010)
 
SERTAI PASUKAN KUMUDA

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) memerlukan beberapa eksekutif pengurusan untuk bermula kerja pada Jumaat, 1 OKT 2010 atau Jumaat, 5 NOV 2010.  Temuduga-temuduga terbuka akan diadakan seperti berikut:-

  1. Ahad, 26 SEP, 3:30-6:30 petang di Lobi Usahawan KUMUDA, Simpang Empat-Genting (dekat KKTM, bersebelahan Pasar Malam Minggu)
  2. Isnin, 27 SEP, 2:30 - 5:30 petang di PCA Enterprise Lab, Mayang Mall, Bandar Bayan Baru (dekat PDC/Piazza Mall)
  3. Rabu, 29 SEP, 3-4:30 petang di Pusat Internet Desa Balik Pulau, Pekan Kongsi (di Pejabat Pos depan UiTM)
  4. Rabu, 29 SEP, 9-10:30 malam di Lobi Usahawan KUMUDA, Pekan Simpang Empat (di hadapan tapak Pasar Malam Rabu)
  5. Khamis, 30 SEP, 3-4:30 petang di Pusat Internet Desa Balik Pulau, Pekan Kongsi (di Pejabat Pos depan Maybank/UiTM/Shell)
  6. Sabtu, 16 OKT, 2-4 petang di Masjid Jamek Simpang Empat, Balik Pulau
  7. Ahad, 31 OKT, 2-4 petang di Masjid Jamek Simpang Empat, Balik Pulau (depan stesen Petronas 2)
  8. Rabu, 3 NOV, 2-4 petang di Restoran Pelita Jalan Sungai Dua (berdekatan Masjid USM).
  9. Rabu, 10 NOV, 2-4 petang di PID Balik Pulau (berdekatan Maybank/Shell)
  10. Khamis, 11 NOV, 2-4 petang di Bilik Persidangan Dewan Perniagaaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), George Town
Calon-calon yang berminat hendaklah mengemelkan 'resume' kepada team@kumuda.org atau faksimili ke 04-866-0098 dengan subjek 'JOBS 10/10' (MULA OKTOBER) atau 'JOBS 12/10' (MULA DISEMBER).  Sila bawa sijil-sijil berkaitan semasa temuduga. Untuk pertanyaan, hubungi Pn Ija/En Adi di 04-866-2706.

 


Tahukah anda apa itu koperasi dan prinsip-prinsipnya?

Di manakah koperasi-koperasi ini beroperasi? 

Bagaimana dan kenapakah Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad ataupun lebih dikenali sebagai KUMUDA ditubuhkan?  

Apakah yang disasarkan oleh warga KUMUDA?

Bijakkah jika setiap daripada kita menyumbangkan modal serendah RM100, untuk membolehkan organisasi milik bersama kita berkembang menjadi organisasi yang mempunyai aset RM100-juta atau lebih, sepuluh (10) tahun dari sekarang, malah mungkin RM1-billion atau lebih, 30 tahun dari sekarang - untuk masa persaraan anda atau untuk masa depan anak-anak?

Atau sebagai usahawan sedia ada atau bakal-bakal usahawan, bagaimanakah anda boleh menggunakan platform KUMUDA sebagai pemangkin kejayaan perniagaan anda



Kenali KUMUDA:-
  • Laman "Apakah" menyingkap fakta-fakta terkini tentang pergerakan koperasi di dalam dan luar negara.
  • Sekiranya anda bermastautin, mempunyai hartanah atau berkerja/berniaga di kawasan operasi KUMUDA, yakni di empat daerah-daerah dalam negeri Pulau Pinang (kecuali Seberang Perai Selatan), anda boleh menyertai KUMUDA. Keanggotaan minimum 50-orang sudah pun penuh setakat 31 DISEMBER 2009, enam bulan sejak ditubuhkan, tapi KUMUDA masih membuka keanggotaan kepada orang ramai yang layak untuk tempoh terhad.

  • Atau silalah membaca tentang wawasan KUMUDA dan menyemak aktiviti-aktivitinya.

  • Untuk maklumat lanjut, silalah berjumpa atau berhubung dengan pihak sekretariat atau mana-mana ahli lembaga KUMUDA.

Sertai KUMUDA sekarang...


Make a Free Website with Yola.