Tentang KUMUDA |
||||
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) telah disahkan pendaftaran dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bernombor bil. P-4-0398 pada 17 JUN 2009 berdasarkan kelulusan Mesyuarat Agung Permulaan pada 30 MEI 2009 di Dewan KUKAM, Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang. AHLI LEMBAGA KOPERASI KUMUDA 2009-2010 Berikut adalah sepuluh (10) orang anggota telah dipilihlantik ketika Mesyuarat Agung Permulaan untuk mengisi Lembaga Koperasi, yang mana tempoh lantikan maksimum adalah selama dua tahun, dan selepas dua tahun pertama penubuhan, separuh daripadanya hendaklah mengosongkan jawatan mereka pada Mesyuarat Agung Tahunan KUMUDA yang akan diadakan setiap tahun di antara bulan Julai hingga November:-
PENGERUSI Tuan Haji
Mohd Noor bin Yusof (dipangku oleh En. Mohamed Nasir bin Md Sobri bermula 6 JUN 2010) SETIAUSAHA Puan
Siti
Huraizah binti Abdul Rahman (dipangku oleh En. Ahmad Tarmizi bin Osman bermula 8 OGOS 2010 dan kemudian oleh En. Muzafar bin Ghazali bermula 20 FEB 2011) BENDAHARI Encik
Adam Yong Abdullah Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Yang Berhormat Hj Muhamad Farid bin Hj Saad sebagai Penasihat KUMUDA.(dipangku oleh En. Mohamed Nasir bin Md Sobri untuk tempoh 25 APRIL 2010 hingga 6 JUN 2010, oleh En. Muzafar bin Ghazali bermula 6 JUN 2010 dan kemudiannya oleh En. Rosli bin Ishak bermula 8 OGOS 2010). Untuk memantapkan pentadbiran KUMUDA, beberapa rombakan telah dilaksanakan pada mesyuarat-mesyuarat ALK bertarikh 25 APRIL 2010, 6 JUN 2010 dan 26 SEP 2010, yang mana beberapa anggota telah dilantik memangku jawatan Ahli-ahli Lembaga Koperasi yang telah bersara. Bermula Ahad, 26 SEP 2010, berikut adalah senarai ALK KUMUDA:-
SEJARAH & LATARBELAKANG Idea penubuhan KUMUDA bermula melalui dialog anjuran Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUS-BP) yang turut disertai oleh YB Hj Muhammad Farid Saad, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tempatan pada bulan APRIL 2009 sebagai sesi penutup penganjuran seminar & bengkel Blog Bash 2009 pada bulan sebelumnya. Mengambil contoh dari beberapa koperasi yang telah disokongtubuh oleh YB Farid seperti KOPEL & KUKAM,
Tuan Hj Mohd Noor Yusuf dengan bantuselia oleh Puan Siti Huraizah Abdul
Rahman selaku Pengurus Pusat Internet Desa Balik Pulau (PID-BP) &
Setiausaha KUS-BP telah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan sebuah
koperasi baru untuk manfaat warga komuniti dengan cakupan aktiviti
tidak terhad kepada bidang pelancongan atau perusahaan desa sahaja. Keanggotaan KUMUDA terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
yang bermastautin, mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi KUMUDA, yakni empat (4) buah daerah-daerah
negeri Pulau Pinang - Timur Laut (TL), Barat Daya (BD), Seberang Perai
Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT). Sepanjang setahun sejak tempoh penajaan bermula APRIL 2009 hinggalah 31 MAC 2010, KUMUDA telah menerima permohonan keanggotaan dari seramai 273 orang, dan telahpun mempunyai anggota bersaham penuh seramai lebih 70 orang. Fungsi utama KUMUDA ialah menawarkan perkhidmatan kepada komuniti khususnya anggota-anggotanya sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan usahawan-usahawan sosial dan komersil. Sepanjang tahun pertama penubuhan, penggerak KUMUDA yang terdiri daripada ahli-ahli lembaga koperasi (ALK) seramai sepuluh (10) orang dan barisan pembantu pengurusan yang terdiri daripada beberapa anggota dan staf telah mengadakan beberapa aktiviti penjenamaan dan pengenalan organisasi kepada masyarakat umum dan media. Persoalannya, bagaimana KUMUDA boleh bermanfaat kepada anda? |
![]()
|
|||
