Tak sampai 20 hari sejak penyertaan KUMUDA dalam ekspo besar di Balik Pulau, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pula membuka peluang kepada ramai khususnya warga koperasi-koperasi di Wilayah Utara (Perlis, Kedah dan Pula Pinang) untuk berhimpun dan ekspo Co-Op Fest 2010.

Acara kali ini yang menyaksikan penyertaan daripada hampir 100 buah koperasi termasuk Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA), telah diadakan di tapak letak kereta bersebelahan Sunway Carnival Mall-Seberang Jaya, Pulau Pinang, selama tiga hari bermula 30 JULAI hingga 1 OGOS 2010.

Dengan lebih 600 buah koperasi di negeri Pulau Pinang sahaja, dan lebih 7,000 buah koperasi di seluruh negara setakat JULAI 2010, gerakan koperasi dijangka akan lebih aktif dalam tahun-tahun terdekat.  SKM juga telah menyasarkan penubuhan hampir 3,000 buah koperasi lagi dalam masa lima tahun, menjadikan lebih 10,000 koperasi yang bakal beroperasi di seluruh negara menjelang tahun 2010, sesuai dengan sasaran 1 komuniti 1 koperasi (1k).

Sambutan yang menggalakkan daripada anggota KUMUDA membolehkan warga-warganya bertapak hingga di lima buah booth untuk memamerkan serta mendagangkan pelbagai produk keluaran anggota dan KUMUDA sendiri termasuk produk elektronik, pakaian, makanan, media dan banyak lagi.



Gambar-gambar dan perincian penuh ada di Laman Facebook dedikasi acara tersebut:
http://www.facebook.com/profile.php?id=133704169999821