Ilmu, Tenaga, Usaha...
Posted by KUMUDA on Sunday, January 16, 2011
Under: Tinta Pengerusi
Assalammualaikum w.w.
Para anggota dan bakal-bakal anggota baru KUMUDA,
Sebagai koperasi muda, banyak persediaan yang perlu dibuat untuk memastikan pasukan pentadbiran serta anggotanya sedia untuk bekerjasama dalam mencapai wawasan bersama. Apa lagi untuk KUMUDA yang mempunyai keanggotaan hampir separuh daripadanya belia 40 tahun dan ke kebawah, ataupun Lembaga pentadbirannya kini, 80% belia semuda 23 tahun hingga 38 tahun. Pengalaman juga telah mengajar kita bahawa tanpa persediaan yang cukup, banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Justeru, sebahagian besar aktiviti KUMUDA untuk tahun 2011 akan ditumpukan untuk melatih kakitangan dan anggota KUMUDA, serta membuka peluang kepada anggota daripada kalangan usahawan, dengan kemahiran, pemikiran dan daya kepimpinan yang lebih tinggi.
Berikut adalah indeks pencapaian utama yang ingin kita realisasikan pada 2011:-
Kita juga mengalu-alukan anggota baru dari kalangan berkerjaya profesional ataupun dengan diploma/ijazah agar akan lebih berdaya maju dengan idea-idea yang berinovasi dan kreatif - peluang dengan KUMUDA terbuka luas tidak mengira agama, jantina atau bahasa ibunda, asalkan warganegara Malaysia 18 tahun dan ke atas.
Kalau tahun lepas kita hanya dikenali sebagai 'bintang yang sedang naik', marilah kita bekerja bersama-sama menjadikan 2011 sebagai tahun kita menyinar. Bak kata pepatah Melayu, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian." Lagi satu pepatah yang saya paling gemar ialah, "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih." Fikir-fikirkan. Insya Allah.
Ikhlas,
Nasir Sobri
Pengerusi
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd
p/s: Artikel dibawah diterbitkan oleh makalah SME Malaysia bertarikh 18-31 DISEMBER 2010 berkisar Malam Anugerah GEW MSC Malaysia pada November lalu. Minggu Keusahawanan Global (MuG/GEW) 2011, yakni kempen penggalakan keusahawanan muda untuk tahun keempat ini akan diraikan di lebih 100 buah negara di seluruh dunia pada 14-20 NOVEMBER 2011.

- Keanggotaan bersaham penuh melebihi 100 orang semuanya - daripada 80 orang setakat DIS 2010, dengan sekurang-kurangnya sepuluh anggota baru berusia 30 tahun atau lebih muda.
- Dua staf dedikasi dan sekurang-kurangnya dua pelatih yang akan terlatih sepenuhnya sepanjang tahun.
- Penyediaan rancangan perniagaan untuk sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti perniagaan utama KUMUDA
- Pendapatan tahunan melebihi RM100,000 untuk tahun kewangan ke-2, dengan modal terkumpul hanya sekitar RM10,000 untuk kembali positif.
- 100% ahli lembaga hendaklah menghadiri kursus wajib pentadbiran koperasi daripada hanya 60% kini. Setiap ALK juga digalakkan menyertai kursus/kem kepimpinan koperasi.
- Penggunaan emel sekurang-kurangnya oleh 80% anggota, naik daripada tak lebih 50% kini.
- Sekurang-kurangnya dua calon untuk pendidikan lanjutan pengurusan koperasi di peringkat diploma dan/atau ijazah.
- Penerbitan InfoBiz KUMUDA sekurang-kurangnya empat kali setahun.
- Tiga program 'reachout' pada bulan FEB-MAC, MEI-JUN dan OKT-NOV.
- Pengwujudan Lobi Usahawan KUMUDA di Balik Pulau, sebagai kawasan paling ramai anggota KUMUDA - sebagai pusat sehenti usahawan untuk program latihan dan perangkaian.
Kita juga mengalu-alukan anggota baru dari kalangan berkerjaya profesional ataupun dengan diploma/ijazah agar akan lebih berdaya maju dengan idea-idea yang berinovasi dan kreatif - peluang dengan KUMUDA terbuka luas tidak mengira agama, jantina atau bahasa ibunda, asalkan warganegara Malaysia 18 tahun dan ke atas.
Kalau tahun lepas kita hanya dikenali sebagai 'bintang yang sedang naik', marilah kita bekerja bersama-sama menjadikan 2011 sebagai tahun kita menyinar. Bak kata pepatah Melayu, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian." Lagi satu pepatah yang saya paling gemar ialah, "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih." Fikir-fikirkan. Insya Allah.
Ikhlas,
Nasir Sobri
Pengerusi
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd
p/s: Artikel dibawah diterbitkan oleh makalah SME Malaysia bertarikh 18-31 DISEMBER 2010 berkisar Malam Anugerah GEW MSC Malaysia pada November lalu. Minggu Keusahawanan Global (MuG/GEW) 2011, yakni kempen penggalakan keusahawanan muda untuk tahun keempat ini akan diraikan di lebih 100 buah negara di seluruh dunia pada 14-20 NOVEMBER 2011.
In : Tinta Pengerusi
Tags: 2011 keanggotaan pendidikan ekonomi