Anda ada idea yang cargas dan mantap?

Untuk usahawan-usahawan baru & bakal-bakal usahawan, mempunyai sebuah idea yang memberangsangkan hanyalah suatu permulaan.  Untuk ramai daripada golongan tersebut, idea-idea sedemikian tidak ke mana, tapi kini tibalah peluang untuk meledakkan idea anda!


Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA)
diasaskan untuk tujuan-tujuan sebegini merangkum usaha membolehkan usahawan-usahawan muda untuk merealisasikan idea-idea mereka dengan menjanakan perniagaan-perniagaan baru, dan untuk usahawan-usahawan sedia ada, baru mahupun lama, membantu mengembangkan perniagaan-perniagaan sedia ada.

Untuk itu, KUMUDA bekerjasama dengan Global Entrepreneurship Sdn Bhd, sebuah entiti bukan untuk keuntungan yang dikelola oleh Warisan Global Sdn Bhd (sebuah syarikat di Kuala Lumpur yang banyak berkecimpung dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti keusahawanan sosial), untuk membawa program "Ignite Your Startup" ke Pulau Pinang dalam bentuk acara "Startup Day", dijadualkan untuk Selasa, 19 OKTOBER 2010, dengan sesi pelancaran dan perangkaian pada malam sebelumnya, Isnin 18 OKT 2010.

Ignite your Startup adalah sebuah program interaktif 10-hari bermula 18 OKT hingga 28 OKT yang penuh dengan keseronokan dan program-program yang bakal memacu hasil!   Inspirasi untuk program ini datang dari program Startup Weekend yang terkenal di seluruh dunia, yang telah membantu mendidik lebih 15,000 usahawan dan melancarkan lebih 560 perniagaan baru.  Lebih sepertiga perniagaan-perniagaan ini terus aktif tiga bulan selepas penyertaan dalam program ini di tempat yang terbabit.

Untuk memastikan kualiti yang segar dan asli, usahawan Mark Nager, Pengarah Startup Weekend diterbangkan khas dari Seattle, Amerika Syarikat ke Malaysia!  Beliau dengan sendirinya telah terlibat dalam menyampaikan nasihat-nasihat perniagaan dan membantu memulakan beratus syarikat-syarikat perniagaan baru hanya dalam masa setahun yang lalu.  Setiap peserta program Ignite your Startup didedahkan dengan langkah-langkah awal untuk memacu idea masing-masing untuk peringkat seterusnya.


APAKAH?




Ignite Your Startup Tour bermula 18 OKT 2010, di empat bandaraya di semenanjung Malaysia: Pulau Pinang di utara/barat laut, Kuala Lumpur di tengah, Kota Bharu timur laut dan Johor Bahru di selatan.  Program Startup Weekend yang masyhur dan berjaya akan diadakan di Kuala Lumpur, dan tiga Startup Day di bandaraya-bandaraya lain, kesemuanya direka untuk memberi inspirasi, panduan dan pengajaran - dari IDEA ke PELAKSANAAN dan seterusnya REALITI.


KENAPA?

Kenapa anda mesti menyertai Ignite Your Startup Tour?
    1. CO-FOUNDER 'DATING' (Suaikenal Pengasas!)

    Bina rangkaian dengan insan-insan yang berfikiran serupa, dan cari rakan pengasas atau usahasama yang berpotensi!


    2. PENDIDIKAN

    Pelajari bagaimana untuk mengumpulkan strategi sebenar dan mendapatkan maklumbalas berkaitan daripada para pakar dan mentor


    3. PELAJARI TENTANG MELANCARKAN IDEA ANDA

    Ketahui semuanya tentang misi, sasaran pasaran, strategi-strategi pemasaran, ledakkan idea perniagaan dan prototaip, dan terima maklumbalas daripada para pakar, jurucakap dan mentor.


    4. LANCARKAN PERNIAGAAN ANDA!

    Lebih 36% graduan Startup Weekend yang memulakan perniagaan terus aktiv selepas tiga bulan!  Bandingkan dengan hanya kurang daripada 5% usahawan yang berjaya kalau memulakan perniagaan tanpa bantuan mentor yang sesuai.  Cukup ramai usahawan terkandas dalam kurang daripada 90-hari dari tarikh permulaan perniagaan. (Malah beberapa usahawan penggerak KUMUDA sendiri agak terkandas teruk pada awal penubuhannya, dan kami sedia berkongsi pengalaman !!)

BILA DAN DI MANA?

ISNIN, 18 OKT 2010 bermula 7 petang hingga 11 malam (surau ada disediakan untuk peserta Muslim untuk solat Maghrib di lokasi) dan sepanjang SELASA, 19 OKT 2010, bermula 8 pagi hingga lewat malam.

Lokasi di Pulau Pinang yang akan dimaklumkan kelak.


BAGAIMANA?


PENDAFTARAN PANTAS dalam talian (ONLINE) akan dibuka bermula SELASA, 5 OKT hingga SABTU 9 OKT 2010 dengan alamat URL akan dimaklumkan di laman KUMUDA, www.kumuda.org dan laman Facebook acara, www.facebook.com/event.php?eid=118292004893168 (sekiranya mengesahkan kehadiran di sini, anda akan terima notis pengumuman kelak).

.Untuk maklumat lanjut, rujuk:
http://startupweekend.org

Atau hubungi:-
  1. Vivian@gewmalaysia.com / 012-307-0658 di Kuala Lumpur (bahasa Inggeris sahaja) atau;
  2. Nasir@kumuda.org, Tarmizi@kumuda.org atau Ija@kumuda.org / 04-866-2706 / 04-866-0098 di Pulau Pinang

Program Ignite Your Startup Tour dianjurkan sempena kempen & sambutan Minggu Keusahawanan Global 2010 (8-14 NOV di Malaysia), dan dibawakan bersama oleh Global Entrepreneurship Sdn Bhd & US Embassy .

Rakan Tajaan adalah MSC Malaysia dan Rakan-rakan Usahasama Kawasan/Negeri termasuk Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA - dengan sokongan penuh oleh North Corridor Implementation Authority - NCIA) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).


BONUS !!

Idea terbaik berdasarkan pembentangan oleh peserta Ignite your Startup akan membawakan peserta terbabit ke Amerika Syarikat selama seminggu, untuk belajar dari "startups" di Lembah Silikon, California.  Hadiah sumbangan Kedutaan Amerika Syarikat.

Dan banyak lagi peluang dan hadiah daripada rakan-rakan usahasama dan penaja.

TERBANGKAN IDEA ANDA !! Ignite Your Startup Tour (Startup Day & Startup Weekend Malaysia)