Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA)

Program Keusahawanan Multimedia Kreatif (KMK) utk BELIA (Fasa Pertama) - 26-28 OKT 2010

September 18, 2010


Kursus PERCUMA 100% (yang juga menjanjikan PELUANG GERAN!) untuk Belia Bumiputera yang terpilih (TERHAD kepada 30 orang sahaja!)...

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) dengan kerjasama INSKEN & MSC Malaysia akan menganjurkan program Keusahawanan Multimedia Kreatif (KMK) bermula OKTOBER 2010 hingga JUN 2011.

Program KMK ini adalah salah satu drp inisiatif INSKEN dlm mempertingkatkan pendapatan isi rumah golongan terpinggir iaitu BELIA, WANITA, ORANG KURANG UPAYA (OKU) dan ORANG ASLI menerusi penglibatan dalam pertandingan Siri Cabaran Pencipta Harta Intelektual (IPPC) anjuran MSC Malaysia.

IPCC adalah sebuah pertandingan tahunan yang bertemakan kandungan kreatif yang menawarkan GERAN bagi pembangunan multimedia kreatif. Pertandingan ini merangkumi EMPAT (4) kategori seperti:-

  1. Komik Interaktif Digital
  2. Animasi
  3. Permainan Kasual Komputer (Computer Gaming)
  4. Permainan Telefon Mudah Alih (Mobile Gaming)

Program ini terbahagi kepada TIGA (3) fasa dengan Fasa Pertama yang dibantuselia oleh KUMUDA melalui sebuah sesi BENGKEL MULTIMEDIA 3-hari 2-malam pada 26-28 OKT 2010 di Pulau Pinang.

Penyertaan TERHAD kepada 30 ORANG PESERTA SAHAJA.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:-

  1. Warga negara Malaysia Melayu/BUMIPUTERA berusia di antara 18 hingga 30 tahun.
  2. Mempunyai kemahiran asas penggunaan komputer.

YURAN: TIADA!

Kos penginapan hotel & pengangkutan pergi-balik daripada kediaman peserta ke lokasi bengkel ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur (MSC Malaysia adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - MoSTI)

PENDAFTARAN:

Untuk pendaftaran, sila faksimilkan butiran diri (resume bergambar, jika ada) ke (04) 866-0098 atau emelkan ke kursus@kumuda.org dengan subjek "KMK-PP1".

Atau poskan ke alamat berikut:-

Bahagian Kursus #KMK-PP1
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA)
No 4. Ruang Niaga Seri Genting (PERDA)
Pekan Simpang Empat
11000 BALIK PULAU, PP



Untuk pertanyaan, hubungi Pn Ija di talian (04) 866-2706 atau emel kepada ija@kumuda.org atau tarmizi@kumuda.org

Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini, rujuk laman acara di Facebook:
http://facebook.com/event.php?eid=116134175108229

Surat Rasmi Pelawaan:

Pelawaan Program Keusahawanan Multimedia Kreatif (KMK) 2010-2011
 

Salam Ramadhan al-Mubarak !

August 10, 2010

Pihak Ahli Lembaga dan Pengurusan KUMUDA ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadan yang Mulia kepada semua anggota dari kalangan Muslim dan semua umat Islam di mana saja anda berada, semoga segala amalan kita diterima olehNya.

Untuk semua anggota atau bakal anggota Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd, dijemput untuk bersama-sama beriftar di Masjid Simpang Empat, Balik Pulau pada hari Rabu minggu depan, 18 OGOS 2010.  Perjumpaan akan dimulakan dengan Solat Asar bersama jemaah Masj...
Continue reading...
 

Hampir 100 koperasi berhimpun di Co-Op Fest Zon Utara 2010

August 3, 2010
 Tak sampai 20 hari sejak penyertaan KUMUDA dalam ekspo besar di Balik Pulau, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pula membuka peluang kepada ramai khususnya warga koperasi-koperasi di Wilayah Utara (Perlis, Kedah dan Pula Pinang) untuk berhimpun dan ekspo Co-Op Fest 2010.

Acara kali ini yang menyaksikan penyertaan daripada hampir 100 buah koperasi termasuk Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA), telah diadakan di tapak letak kereta bersebelahan Sunway Carnival Mall-Seberang ...
Continue reading...
 

Lebih 20,000 berkunjung ke Ekspo Karnival di Balik Pulau

August 3, 2010

Karnival Rakyat Harmoni anjuran Tunas Indah Niaga Enterprise yang dijalankan selama sepuluh hari di perkarangan Kompleks Sukan Balik Pulau mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada lebih 100 peniaga dan pemamer, serta lebih 20,000 pengunjung dari sekitar daerah Barat Daya Pulau Pinang, mahupun dari negeri-negeri jiran.



Untuk tidak melepaskan peluang dalam acara dagangan dan ekspo terbesar di Balik Pulau ini, dengan lebih 130 tapak perniagaan dan pameran bersaiz 20x20 dan 10x10, Koperas...
Continue reading...
 

Pendaftaran Koperasi disahkan

April 24, 2010
Perakuan Pendaftaran Koperasi dimerterai oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 17 JUN 2009 dengan bil daftar P-4-0398

Continue reading...
 

Mesyuarat Agung Permulaan

April 24, 2010
Telah diadakan di Dewan KUKAM, Kampung Perlis, Balik Pulau pada 30 MEI 2009 dan dihadiri oleh lebih 50 warga komuniti.

YB Hj Muhamad Farid bin Saad turut hadir untuk merasmikan perjumpaan Mesyuarat, sambil juga diselia oleh wakil-wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Continue reading...
 

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd

KUMUDA
Penang, Malaysia
KUMUDA
Make a Free Website with Yola.