Posted by KUMUDA on Saturday, September 18, 2010
Under: acara
Kursus
PERCUMA 100% (yang juga menjanjikan PELUANG GERAN!) untuk Belia
Bumiputera yang terpilih (TERHAD kepada 30 orang sahaja!)...
Koperasi
Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) dengan kerjasama INSKEN &
MSC Malaysia akan menganjurkan program Keusahawanan Multimedia Kreatif
(KMK) bermula OKTOBER 2010 hingga JUN 2011.
Program KMK ini adalah salah satu drp inisiatif INSKEN dlm mempertingkatkan pendapatan isi rumah golongan terpinggir
iaitu BELIA, WANITA, ORANG KURANG UPAYA (OKU) dan ORANG ASLI menerusi
penglibatan dalam pertandingan Siri Cabaran Pencipta Harta Intelektual
(IPPC) anjuran MSC Malaysia.
IPCC adalah sebuah pertandingan
tahunan yang bertemakan kandungan kreatif yang menawarkan GERAN bagi
pembangunan multimedia kreatif. Pertandingan ini merangkumi EMPAT (4)
kategori seperti:-
Komik Interaktif Digital
Animasi
Permainan Kasual Komputer (Computer Gaming)
Permainan Telefon Mudah Alih (Mobile Gaming)
Program
ini terbahagi kepada TIGA (3) fasa dengan Fasa Pertama yang
dibantuselia oleh KUMUDA melalui sebuah sesi BENGKEL
MULTIMEDIA 3-hari 2-malam pada 26-28 OKT 2010 di Pulau Pinang.
Penyertaan TERHAD kepada 30 ORANG PESERTA SAHAJA.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:-
Warga negara Malaysia Melayu/BUMIPUTERA berusia di antara 18 hingga 30 tahun.
Mempunyai kemahiran asas penggunaan komputer.
YURAN: TIADA!
Kos
penginapan hotel & pengangkutan pergi-balik daripada kediaman
peserta ke lokasi bengkel ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur
(MSC Malaysia adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi - MoSTI)
PENDAFTARAN:
Untuk
pendaftaran, sila faksimilkan butiran diri (resume bergambar, jika ada)
ke (04) 866-0098 atau emelkan ke kursus@kumuda.org dengan subjek
"KMK-PP1".
Atau poskan ke alamat berikut:- Bahagian Kursus #KMK-PP1 Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) No 4. Ruang Niaga Seri Genting (PERDA) Pekan Simpang Empat 11000 BALIK PULAU, PP
Untuk pertanyaan, hubungi Pn Ija di talian (04) 866-2706 atau emel kepada ija@kumuda.org atau tarmizi@kumuda.org