Program Ramadan & Syawal 1432H (OGOS-SEP 2011) KUMUDA
Assalammualaikum w.w. & Salam 1 Malaysia!
Sedikit pengumuman:-
- Perlantikan JAD
- Kalendar KUMUDA 2011
- Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil (Kerja/Eksekutif) KUMUDA
- Mesyuarat & Perjumpaan OGOS & SEP 2011
1. KUMUDA memberlukan anggota JAD yang baru:
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad mengalu-alukan tiga (3) anggota untuk menyertai Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) bagi tahun kewangan 2010/2011, dan boleh dilantik seterusnya untuk tahun 2011/2012. Elaun akan diberikan. Sekiranya sudi menyumbang khidmat, sila hubungi Setiausaha Muzafar. Anggota JAD sebelumnya yang dicadangkan, boleh juga dicadangkan/mencadangkan sendiri sekali lagi termasuk abg Zunyazan Rose, kak Izzati Lau dan Mohd Faiz Mohd Rafeek jika sudi.
2. Program2 anjuran dan penyertaan KUMUDA:
Senarai penuh untuk tahun 2011 ada diwartakan di laman depan http://kumuda.org
Mohon penyertaan lebih ramai anggota, kerana masih kurang 20% anggota KUMUDA yang menyertai program-program anjuran KUMUDA setakat ini, yang telahpun disertai lebih 300 individu tahun lepas, sepanjang JULAI 2010 hingga JULAI 2011. Terima Kasih kepada semua ahli-ahli keluarga & rakan-rakan KUMUDA !!
Untuk laporan acara-acara lepas, bolehlah merujuk:
- http://koperasi.kumuda.org/news.php dan seperti yang disenaraikan di
- http://koperasi.kumuda.org/acara.php
Untuk senarai kursus-kursus, sila rujuk:
- http://koperasi.kumuda.org/kursus.php(misalnya Bengkel Rancangan Perniagaan yang akan diadakan pada 13-15 SEP 2011 di Alor Setar: http://www.facebook.com/event.php?eid=259230234087567 )
Untuk usahawan wanita, anda tidak mahu melepaskan ini:
- http://koperasi.kumuda.org/sembang2-utara.php
- http://fb.com/Sembang2u
Atau boleh juga ikuti KUMUDA di Facebook & Twitter:
- http://fb.com/kumuda.org
- http://twitter.com/kumudapp
Dan sertai diskusi hangat di:
- http://www.facebook.com/groups/kumuda.tg - tanjung
- http://www.facebook.com/groups/kumuda.bp - balik pulau
3. JKK(K/E) KUMUDA
Aktiviti-aktiviti KUMUDA selain hal-hal keanggotaan dan kewangan dan sebagainya yang diuruskan oleh Setiausaha Muzafar & Bendahari Rosli, akan digerakkan melalui beberapa Jawatankuasa Kecil (Kerja/Eksekutif)
KUMUDA seperti berikut:-
3.1 Pendidikan & Wanita - Dipengerusikan oleh Sdri. Siti Huraizah
3.2 Pelancongan - Dipengerusikan oleh Sdra Nasir buat masa ini
3.3 Media - Dipengerusikan oleh Sdra Muzafar
3.4 Kontrak - Dipengerusikan oleh Sdra Rosli
Lain2 JKK/Portfolio Pembangunan KUMUDA terbuka kepada anggota-anggota Lembaga sedia ada, dan dialukan-alukan penyertaan yang lebih oleh anggota-anggota kita yang sudahpun melebih 100 orang semuanya, yang bersaham penuh, setakat JUN 2011.
4. Mesyuarat & Perjumpaan OGOS & SEPT 2011
4.1 Mesyuarat JKK Pelancongan #2 akan diadakan di Restoran Pak Hussin Tomyam, Sungai Ara esok petang, Khamis, 25 OGOS 2011, bermula jam 5 petang.
4.2 Mesyuarat JKK Pelancongan #3 akan diadakan pada Sabtu, 24 SEP 2011.
4.3 Mesyuarat JKK Pendidikan & Wanita #? serta Mesyuarat Majlis Penasihat Sembang-sembang Utara #1akan diadakan di Pulau Pinang pada Jumaat, 16 SEP 2011
4.4 Program Sembang-sembang Utara #3 & Majlis Syawal 1432H KUMUDA akan diadakan di Country Safira Club, Seberang Jaya, pada Jumaat, 30 SEP 2011.
Mohon tolong hebahkan kepada semua anggota. Terima Kasih!
Kami dengan ini mewakili semua anggota KUMUDA, mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432H kepada semua Muslimin dan Muslimat, di mana saja anda berada, semoga meriah bersama teman-teman dan ahli keluarga. Kalau jauh, boleh SMS, MMS dan 3G! :D
Maaf, Zahir & Batin...
Ikhlas,
Nasir, Muzafar, Abg Rosli, Ija, Ashraf, Nadzar, Kak Nor, Syahril, Tarmizi, Zurilaili
Barisan Anggota Lembaga KUMUDA 2010-2011
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA)
- http://kumuda.org
- http://fb.com/kumuda.org

In : Tinta Pengerusi
Tags: berita pendidikan jad pentadbiran perayaan


