Pada 26-28 OKTOBER yang lalu, Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) berkerjasama dengan enam jurulatih dan dua pemantau mewakili INSKEN & MSC Malaysia untuk membolehkan sekumpulan belia dari golongan terpinggir (belia bumiputera untuk kawasan utara) untuk mempertingkat kemahiran penggunaan komputer dalam penghasilan bahan media kreatif termasuk animasi dan permainan komputer.

Pembukaan program disempurnakan oleh YBHg Dato' Mohd Noor Kamaludin, Pengerusi TechBiz Penang (kluster Bumiputera dalam bidang ICT), dan penutupan disempurnakan oleh YB Hj Sr Muhamad Farid Hj Saad, ADUN Pulau Pinang kawasan Pulau Betong merangkap juga Penasihat KUMUDA.

Bengkel percuma tersebut yang diadakan di Hotel Tanjung Bungah Beach dihadiri oleh 27 belia 35 tahun yang tidak hanya dari Pulau Pinang tapi juga termasuk Kedah, Perak dan malah Selangor.

KUMUDA akan terus berinisiatif untuk program-program sebegini termasuklan akan menghoskan "Bengkel TMK Untuk Usahawan" (TMKu/ICT4e) pada 20 & 21 November nanti sempena kempen Minggu Keusahawanan Global 2010 yang akan diraikan di lebih 100 buah negara (8-21 NOV 2010).