Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA)

Permohonan Sebagai Anggota KUMUDA


Keanggotaan baru Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) masih dibuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin, mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi KUMUDA, yakni empat (4) buah daerah-daerah dalam negeri Pulau Pinang - Timur Laut (TL), Barat Daya (BD), Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT). 

Sepanjang setahun sejak tempoh penajaan bermula APRIL 2009 hinggalah 31 MAC 2010, KUMUDA telah menerima permohonan keanggotaan dari seramai 273 orang, dan telahpun mendaftarkan anggota bersaham penuh seramai lebih 70 orang. Bergantung kepada ketetapan Mesyuarat Agung Tahunan, keahlian baru akan ditutup selepas mencapai bilangan tertentu anggota.

 

Untuk setiap pendaftaran, pastikan yuran pendaftaran sekurang-kurangnya RM10 dibuat terlebih dahulu kepada Bendahari:-
  1. Secara tunai/cek di lokasi operasi;

  2. Melalui deposit tunai/cek atau pindahan bank ke akaun Maybank 5070-8610-1928 (Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd) atau;

  3. Gunakan borang di bawah untuk membuat pembayaran menggunakan dana Paypal atau kad kredit (caj tambahan RM2 + 3.4% dikenakan oleh Paypal). 

Untuk maklumat lanjut tentang pembayaran, hubungi bendahari@kumuda.org

AMAUN PEMBAYARAN (MENGGUNAKAN PAYPAL/KAD KREDIT)
No MyKAD
No Telefon

Untuk pembayaran berjumlah lain daripada RM10 dan RM110, sila "paypal"-kan ke
ebayar@kumuda.org

Selepas pembayaran dibuat, nyatakan kaedah  dan
butiran transaksi (tarikh, masa, nombor rujukan, amaun dan sebagainya) dalam borang pendaftaran, sertakan kemukakan salinan resit kepada bendahari di lokasi operasi, melalui emel atau faksimilkan ke (04) 866-2706.



KUMUDA-borang_anggota.pdf KUMUDA-borang_anggota.pdf
Size : 461.263 Kb
Type : pdf
Make a Free Website with Yola.